info UMK


A ) LATAR BELAKANG




Universiti Malaysia Kelantan secara rasminya berada dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Ia merupakan institut pengajian tinggi awam yang ke-19 di Malaysia dan memulakan pengambilan pelajar pada awal Jun 2007. Terkini, universiti ini mempunyai lima buah fakulti dan tiga pusat pengajian untuk digunakan oleh para penuntut universiti ini.

Kampus Kota UMK terletak di Pengkalan Chepa, manakala kampus tetapnya terletak di Bachok dan Jeli.

Penubuhan universiti awam di Kelantan diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 31 Mac 2006 setelah mendapat kelulusan Kabinet pada Jun 2006.

Menjelang tahun 2015, Universiti Malaysia Kelantan dijangka mampu menampung seramai 15,000 pelajar.


Universiti Malaysia Kelantan mempunyai 5 Fakulti iaitu :

·         Fakulti Industri Asas Tani - UMK Kampus Jeli

·         Fakulti Sains Bumi - UMK Kampus Jeli

·         Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan - UMK Kampus Kota

·         Fakulti Perubatan Veterinar - UMK Kampus Kota


·         Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan - UMK Kampus Bachok


Di UMK Kampus Kota terdiri daripada 2 fakulti dan pelbagai kos yang ditawarkan kepada para pelajar :

1 ) Fakulti Keusahawanan Dan Perniagaan terdiri daripada 7 jurusan iaitu :

>Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan Islam) dengan Kepujian - SAB

>Sarjana Muda Keusahawanan (Hospitaliti) dengan Kepujian - SAH

>Sarjana Muda Keusahawanan (Perdagangan) dengan Kepujian - SAK

>Sarjana Muda Keusahawanan (Perlancongan) dengan Kepujian - SAP

>Sarjana Muda Keusahawanan (Peruncitan) dengan Kepujian – SAR

>Sarjana Muda Keusahawanan (Keusahawanan Kesihatan) dengan Kepujian – SAW

>Sarjana Muda Keusahawanan (Logistik dan Perniagaan) - SAL


2 ) Fakulti Perubatan Veterina terdiri daripada jurusan Doktor Perubatan Veterina (SDV)



B ) KEMUDAHAN DI UMK

Universiti Malaysia Kelantan menyediakan pelbagai kemudahan kepada para pelajar. Antaranya ialah


>  Kemudahan tempat riadah

> Dewan terbuka keusahawanan

>  Pusat/ klinik kesihatan

>  Bilik kuliah dan makmal komputer

>  Pengangkutan dalam kampus

>  Perpustakaan

Kemudahan yang diberikan kepada mahasiswa  ini membolehkan mereka belajar dalam keadaan yang selesa.


C ) KEADAAN KAMPUS DAN KOLEJ KEDIAMAN
Kampus Kota mempunyai 4 blok sahaja iaitu Blok A, Blok B, Blok C dan Blok K. Sebarang aktiviti pembelajaran akan dilaksanakan di keempat- empat blok ini. Aktiviti yang melibatkan jumlah pelajar yang ramai akan di adakan di Dewan Tertutup Keusahawanan (DTK).
Mahasiswa dan mahasawi tahun pertama di wajibkan  tinggal di Kolej Kediaman. Kampus Kota terdapat 7 blok. 5 blok disediakan untuk mahasiswi dan 2 blok untuk mahasiswa.


D ) KOMEN

Setakat ini saya belajar di UMK selama 2 bulan. Semua yang berkaitan dengan UMK Kampus Kota memuaskan hati saya. Saya sangat selesa tinggal dan belajar di UMK. Saya bersyukur dapat melanjutkan pelajaran di UMK. Saya amat berpuas hati dengan kos yang ditawarkan oleh UMK iaitu Sarjana Muda Keusahawanan Hospitaliti. Kos ini menjadi minat saya sejak di bangku sekolah lagi. Saya akan berusaha menjadi yang terbaik untuk mencapai cita- cita saya. Saya yakin bahawa UMK mampu melahirkan ramai usahawan yang berjaya pada masa akan datang.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum boleh awak explain sikit pasai kos keusahawanan hospitaliti ni

    ReplyDelete