Monday 23 November 2015

Review Blog


REVIEW BLOG


1 ) www.nisakay.com

Namanya ialah Nisa Kay. Beliau lebih selesa dipanggil dengan gelaran Nisa sahaja. Beliau sekarang berumur 23 tahun. Beliau sangat menyukai blogging, selfie, mekap, music dan kucing. Nisa ini gemar berkongsi mengenai fotoshoot, fesyen, kecantikan, melancong, majlis-majlis dan video. Nisa sangat kreatif dalam menguruskan blognya untuk ditotonkan kepada pengikutnya (followers). Pemilihan warna yang digunakan sebagai gambar latar (background) amatlah sempurna . Pemilihan warna yang pucat (kurang terang) akan memberi kesan yang baik kepada tulisan iaitu tulisan akan menjadi lebih jelas. Gambar yang ditonjolkan oleh Nisa dalam blognya amat berkualiti dan menarik. Senyuman yang dimiliki oleh Nisa amatlah manis. Jadi beliau mampu menjadi model untuk setiap perkongsian kecantikan di dalam blognya. Tahniah Nisa Kay. 











2 ) fatinsuhana.blogspot.my

Fatin Suhana ini lebih gemar untuk berkongsi mengenai fesyen, kecantikan,majlis-majlis dan kesihatan. Fatin Suhana juga memiliki pengikut yang agak ramai. Beliau lebih gemar untuk menjadi model untuk blognya sendiri. Fatin Suhana ini merupakan gadis yang stylo. Beliau juga turut berkongsi cara berstylo dan mempelbagaikan cara memakai tudung kepada pengikutnya.  Blog milik Fatin Suhana ini sangat simple. Beliau hanya menggunakan background yang kosong tanpa sebarang corak. Walaupun backgroundnya terlalu simple, tapi saya tetap berminat untuk mengikuti perkembangan blognya kerana gambar-gambar yang ditonjolkan amatlah menarik.









3 ) ninieahmad.com

Ninie Ahmad merupakan seorang guru yoga yang terkenal. Beliau gemar berkongsi mengenai yoga dan tips-tips untuk menjaga kesihatan. Beliau memiliki ramai anak murid. Beliau telah mengajar yoga selama lebih 10 tahun jadi tidak hairanlah apabila beliau  sangat berkemahiran dalam beryoga ini. Beliau juga turut beryoga semasa beliau sedang hamil. Blog milik Ninie terlalu simple. Walaubagaimanapun, pengisiannya sangatlah berguna kepada pembaca dan pengikutnya. 








4 ) www.myresepi.com

Blog ini sangat menarik untuk diikuti. Blog My Resepi ini memberikan perkongsian mengenai pelbagai jenis masakan. Pengikut blog ini dapat mempelajari serta mencuba pelbagai jenis resepi masakan untuk dihidangkan kepada keluarga, sahabat handai dan tetamu. Resepi yang dikongsikan amat teratur dan jelas. Jadi, pengikut dapat mengikut cara masakan dengan betul sehinggalah masakan tersebut dapat dihidangkan. Blog ini amatlah simple. Tapi, pengisian kandungannya amat membantu. Tahniah My Resepi. 










5 ) www.ohbulan.com

Blog Oh Bulan ini lebih fokus untuk berkongsi foto, filem dan drama, gaya hidup dan kini trending. Blog ini memiliki followers yang agak ramai. Blog Oh Bulan ini amat popular di dalam laman facebook. Ramai pengikutnya di facebook menyaksikan dan menkongsikan post-post dari Oh Bulan ini. Blog ini amat padat. Hal ini kerana pelbagai pengisian dan iklan disatukan dalam page yang sama. Walaubagaimanapun, blog ini menyajikan berita-berita yang terkini kepada oara pengikutnya. Saya sukakan blok Oh Bulan ini. 






SEKIAN....

Tuesday 17 November 2015

Cuti Seminggu

Baru - baru ini kami selaku pelajar UMK di beri cuti selama seminggu.
Cuti ini merangkumi cuti deepavali dan Hari Keputeraan Sultan Kelantan.
Kami mendapat cuti yang panjang berbanding universiti lain kerana universiti ini terletak di Kelantan dan secara kebetulannya ianya di sambut sehari selepas deepavali di rayakan.
Kami meraikan cuti yang diberi dengan baik dan sempurna kerana kami telah berkampung di Kolej Kediaman UMK selama sebulan tanpa pulang ke kampung  halaman. Jadi, apabila diberi peluang untuk pulang ke kampung, aku tidak melepaskan peluang untuk bermesra dengan keluargaku dan berjumpa dengan sahabat-sahabatku.